LEPAS
siap-siap, Adibah terus pergi dapur. Mahu sediakan sarapan. Sampai meja makan,
Adibah nampak ada 3 bungkus nasi lemak sudah tersusun cantik dalam pinggan. 6
ketul karipap, 3 daripadanya karipap pusing serta 3 ketul bingka ubi juga
tersusun cantik dalam pinggan. Paling mengejutkan bukan Hajah Bie yang kacau
air, tetapi cucu Hajah Bie. Pelik ni.
“Selamat
pagi.” Khairil senyum bila melihat Adibah tercegat tanpa bercakap. Gaya muka
sah tak pernah tengok orang lelaki bancuh air. Nak saja Khairil bantai gelak
tapi dia tahan.
“Selamat
pagi. Nenek mana?” Adibah cuba sorok perasaan terperanjatnya dengan bertanyakan
Hajah Bie, tapi dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang dipandang. Setahu
Adibah, ayah jangan kata nak bancuh air, nak susun cawan pun jarang sekali.
Semua main arah dan tunjuk.
“Siram
bunga. Nenek suruh kita sarapan dulu.”
“Tak apalah kalau macam tu. Dib
tunggu nenek sarapan sama.”
“Habis siapa nak temankan abang
sarapan?”
“Makanlah sorang-sorang. Tak kan nak
berteman bagai.” Ah! Minta berteman pulak. Macam tak biasa makan sorang-sorang.
Melampau betul.
“Okeylah, kalau macam tu abang
tunggu nenek jugaklah.” Nada seperti merajuk. Siapalah yang sudi temankan dia
sarapan. Rupa paras sudahlah kurang, inikan pula harta. Jauh api dari panggang.
Dan dan rasa nak merajuk.
“Suka hati abanglah!” Adibah jalan
sampai pintu. Malas nak layan Kharil. Pagi-pagi buat drama sebabak pulak. Kemudian
dia terus keluar dan kelihatan Hajah Bie sedang gunting pokok bunga kertas.
Adibah duduk di kerusi kayu sambil perhatikan Hajah Bie buat kerja.
“Dah sarapan?” Hajah Bie menyoal
tanpa pandang wajah Adibah.
“Belum, tunggu nenek.” Belum sempat
Adibah jawab, Khairil terlebih dahulu bercakap. Terus Adibah pandang muka Khairil.
Nampak muka lapar saja dan selebihnya muka merajuk.
“Pergilah sarapan dulu.”
“Tak apa, Dib tunggu nenek.”
“Karang nenek gunting dua-dua baru
tau. Pergi sarapan sekarang!” Separuh terjerit Hajah Bie. Bergegas Adibah
bangun dan terus masuk. Huh! Garangnya.
“Hmm, tau takut pulak.” Sindir
Khairil masa mereka sama-sama berjalan menuju meja makan. Tadi beriya nak
tunggu Hajah Bie. Sekali kena sergah terus jalan. Tahu takut!
Adibah ke meja makan. Muka macam
cengcorot. Masam sampai tiga batu. Tapi serius, dia masam tambah cun. Tambah
comel. Tak berhenti Khairil pandang. Aduh, tiba-tiba kira duit. Cukup ke? Kurang-kurang
lima belas ribu mesti ada. Tu baru
belanja kasar. Belanja halus masih belum tersenarai. Aduhai..
Mula-mula Adibah ambil karipap
pusing, walau bungkusan nasi lemak sudah terlebih dahulu dibuka. Ada lauk
sambal udang. “Semua udang ke?” Mata pandang Khairil di hadapan.
“Hmm…” Khairil tuang air dan letak
cawan depan Adibah. Karipap pusing tadi tinggal separuh. Separuh lagi sudah
masuk perut Adibah. Habis karipap pusing, sambung makan nasi lemak. Khairil
juga sama. Meja makan jadi sepi. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bertemu
pinggan.
Hajah Bie yang baru selesai cantas
pokok masuk bersama peluh menitik di dahi. Langkah terhenti bila melihat meja
makan. Terpandang cucu sulung sedang bersarapan bersama cucu saudara. Punyalah
ramai anak dara, yang bau bacang jugak dia berkenan. Tapi kenapa tak dari dulu?
Kalau dari dulu, sah sekarang dia merasa timang cicit. Tak apa ini juga dikira
sudah bagus. Yang penting abang sudah berkenan. Kalau dah berkenan tu adalah
bunga-bunganya. Mudah-mudahan.
“Makan nek…” Khairil hulur bungkusan
nasi lemak kepada Hajah Bie yang pilih duduk sebelah Adibah. Air juga dihulur
sama.
“Emm, nenek nak abang bawa Dib pergi
barang dapur nanti.” Hajah Bie mulakan rancangan. Wajib beri laluan untuk
keduanya bersama. Mana tahu akan lebih mudah nanti.
“Nenek tak pergi sama?”
“Nenek penat. Boleh Dib?” Pandangan
Hajah Bie jatuh kepada wajah cucu saudara yang hampir selesai makan. Emm,
berkenan sangat dengan dia ni. Memang tak berapa sempurna, tapi tak tahulah
kenapa boleh sayang. Sebab cantik ke? Bukan sebab cantik saja, tapi budi
bahasanya. Hmm, tengok pula siapa neneknya, Hajah Mona yang terkenal dengan
garang dan tegas. Hajah Bie bukan tidak kenal siapa kakaknya itu.
“Emm, boleh aje. Tak ada masalah
buat Dib. Banyak barang yang nenek nak suruh kita orang beli?” Adibah hirup
pula air. Hmm, manis gila. Air potong kaki ni. Adibah toleh pandang orang
tukang buat air. Serius, memang manis orangnya.
“Banyak jugak. Semua barang dapur
hampir habis. Nanti nenek senaraikan.”
“Abang kita pergi Giant lah kalau
macam tu.” Cadang Adibah.
“Hmm…” Khairil cuba habiskan nasi
lemak yang dalam kira-kira tak habis. Nak pergi beli barang dapur berdua dengan
Adibah? Ini sudah kita dating jugak ni. Aduhai,tak sabar nak pergi.
GIANT
KINRARA.
Khairil tolak troli ke kawasan
barangan basah. Senarai semua barang yang harus dibeli di tangan Adibah. Baru
pergi Giant, tapi kenapa perasaan seperti berada di taman bunga. Pelik gila ni.
Belum pernah rasa macam ni. Masa lulus lulus final exam pun tak rasa macam ni.
Kali ni serius, memang pelik.
“Abang…”
“Yup!” Mata mencari anak mata Adibah
dan bertemu di situ tetapi debarannya sampai jantung. Tak sihat ke aku ni? Selalu sangat jantung berdebar.
“Dib terus terang, Dib memang tak
kenal banyak barang dapur. Yang Dib kenal, beras, gula, tepung, minyak. Yang
lain-lain Dib memang tak berapa kenal. Dib nak cakap kat nenek tadi, Dib
segan.” Pandangan jatuh pada wajah tenang Khairil. Sumpah, rasanya wajah itulah
yang terkacak selepas Van Diesel. Tak tahu kenapa, tiba-tiba saja rasa begitu.
“Tak apa, nanti abang tolong mana
yang abang tahu.” Hmm, budak manja memang macam tu. Mana kenal apa. Makan tidur
aje kerjanya. Tapi tak kisah. Sanggup jadikan isteri walau apapun kekurangan
dia. Isteri? Wei Khairil, Agak-agaklah. Senyuman serta merta sampai telinga.
“Abang gelakkan Dib?” Adibah cekak
pinggang. Rasa senyuman Khairil tu berbunga sindiran. Tiba-tiba saja rasa sakit
hati.
“Hisy, tak ada sindir-sindirnya.”
“Habis tu senyuma aje tu kenapa?”
Adibah buat muka pula.
“Salahkah abang nak senyum? Bukan
senang abang nak pergi beli barang dapur dengan Dib. Selalu pergi dengan nenek
saja.”
“Abang kutuk Dib, siap abang!”
Amaran tegas, tapi Khairil nampak Adibah tambah comel dalam keadaan begitu.
Nampak sangat manja. Ah perasaan, kenapa jadi lagu ni. Tenteramlah sikit.
Karang dia syak, lagi haru.
“Tak ada kerja nak kutuk orang.”
Khairil bercakap sendiri. Nada manja juga.
Adibah sambung cari barang. Rasa
serabut kepala Adibah melihat barang-barang dapur yang tersusun kemas. Serabut sebab banyak tak
kenal. Apalah budak perempuan seorang ini. Barang dapur pun tak kenal.
Memalukan betul.
“Mula-mula
beli beras.” Mata Adibah melilau mencari kawasan beras, tapi dia nampak tempat
minyak masak. Sebotol minyak masak saiz besar dimasukkan ke dalam troli.
“Cukup ke sebotol?” Khairil tanya.
“Kenapa? Sebotol tak cukup?” Adibah
pandang muka Khairil. Mana tahu Hajah Bie biasa beli minyak berbotol-botol.
Kalau emak sebotol pun cukup.
“Mana tahu…” Senyuman terukir di bibir
Khairil. Serius, rasa macam pergi beli barang dapur dengan isteri. Dan paling
serius rasa seperti baru jadi pengantin baru. Ah! Gembiranya. Tak perlu ke
tempat mewah, Giant pun sudah cukup memanjangkan rasa kasih.
“Ke, abang nak mandi minyak?”
“Yek? Kalau mandi minyak boleh
kahwin cepat?”
Ada kerutan seribu di dahi Adibah.
“Mandi minyak boleh kahwin cepat?” Adibah soal balik.
“Ada hari tu, bomoh dari Afrika
cakap.”
“Itu Afrika…” Bulat mata Adibah pandang
Khairil. Buat lawak klasik rupanya tapi tak mampu buat Adibah gelak atau
tersenyum. Khairil saja yang gelak. Mata tak lepas dari pandang Adibah. Hmm… kenapalah
gadis nama Adibah Anis Sofea ni, susahnya nak tengok dia gelak. Jangan kata
gelak dan tengok dia senyum pun payah.
“Yalah, abang cakap kat Afrika.
Kalau kat Malaysia, mahu tak cukup minyak kita.” Khairil senyum lagi.
Adibah tak layan. Terus cari
bungkusan kunyit. “Abang, kunyit, kari ikan, kari daging. Dib tak kenal.” Sudahnya
beritahu juga setelah gagal mencari barang-barang tersebut. Khairil senyum.
Kalau serbuk kunyit pun tak kenal, ni memang serius.
“Tak kanlah tak kenal.”
“Rumah mak Dib, dah ada dalam bekas.
Dib tak pernah pergi beli semua tu.”
Kharil tolak troli. Tu alasan minta
suami beli barang dapurlah tu. Hmm, untung awak dapat suami serba tahu. Bukan
senang tahu tak? Khairil pilih bungkusan kunyit. Kemudian bungkusan serbuk
kari.
“Abang sana. Cari kentang.” Adibah
tunjuk tempat kentang. Kharil tolak juga troli. Kenal pulak kentang. Ingat tak
kenal.
“Dib…”
“Ahh…” Adibah belek bungkusan
kentang.
“Dib dah ada seseorang?”
Tersentak Adibah tapi dia tetap
tenang sambil pandang kentang. “Ada,” jawab Adibah sepatah. Terus letak
bungkusan kentang dalam troli.
“Hmm, boleh abang tahu siapa namanya?”
“Harris Isqandar.”
“Tapi nenek kata Dib masih belum ada
siapa-siapa.”
Adibah diam. Dia cari cili kering
pula. Malas nak layan soalan tak berapa best. Tak bersifat motivasi langsung.
Khairil pula masih menanti. Mananti pembohongan seterusnya. Dah agak, pasti
Adibah akan beri jawapan begitu. Mungkin nak jaga status. Sambil itu Khairil
bantu Adibah pilih bungkusan bawang. Dia pilih bawang putih dan letak dalam
troli tapi cepat Adibah ambil semula bungkusan bawang putih dan letak tempat
asal.
“Tak cantik!” kata Adibah.
Khairil senyum. “Hmm, nak yang
cantik aje.”
“Sebab kita ada pilihan.”
“Jadinya kalau buruk macam abang ni,
tak adalah yang suka?”
“Eh! Bukan ke abang sendiri yang
cakap, ramai yang suka abang, tapi abang saja yang tak berkenan?”
Khairil gelak besar. Ingat rupanya.
Dan Khairil malu sendiri. “Hai, siapalah yang nak abang ni…”
“Abang jangan merepek. Banyak barang
kita nak beli lagi. Karang nenek bising, abang jawab. Ini dah pukul berapa ni.
Nak masak lagi.” Kedengaran sangat tegas, tetapi Adibah cakap yang betul. Dari
tadi Khairil merepeknya. Entah apa-apa soalan yang ditanya. Penat nak jawab.
Khairil menurut perintah. Kena
belajar untuk mendengar kata. Mana tahu jadi nanti. Mana tahukan…
Senyum Khairil tambah lebar.
Lawak la depa nih..best!!
ReplyDeletep/s: Harris Isqandar tu bukan Inche Suami Cik Bunga ke?
aduss ... neh babak riang-ria makes me melting ...:)
ReplyDeletecoolio!
hahaha..boleh gelak tergolek-golek klu mcm ni..
ReplyDeletebest!!
comel je... hahaha...
ReplyDeletebest3!
cepatlah sambubg ya tq
ReplyDelete