“Emm,
kenapa ni?” soal Syukri. Manager Production sambil letak fail jikko plan yang
bakal dibincangkan minggu depan atas meja Khairil.
Khairil geleng. Dalam kepala Khairil
benar-benar kosong.
“Imigresen problem?”
Khairil geleng juga. Kening yang
tidak gatal digaru perlahan bersama
kerut di dahi. Imigresen? Bila masa dia fikir benda tu?
“Habis tu? Dua tiga hari monyok
semacam.”
Kharil tarik nafas. “Sabtu ni ada OT
ke?”
Syukri geleng. Khairil sambung
menung. Tangan sejak mula pegang iPhone 4s. Dipusing-pusing berkali-kali.
Telefon ke tidak? Kalau nenek jawab macam mana? Ah! Itu bukan ke rumah nenek?
Tentulah nenek yang jawab. Apalah kau Khairil.
“Assalamualaikum nek.” Memang
neneklah yang jawab. Kalau boleh Khairil mahu orang lain yang jawab. Siapa tu
namanya?
“Adibah Anis Sofea.” Masih jelas
kedengaran suara Hajah Bie menyebut nama penuh Adibah. Huh! Berapa harkat tu?
Boleh lepas sekali lafaz ke?
“Waalaikumusalam. Abang kat mana
ni?”
“Tempat kerja. Nenek sihat?”
“Alhamdulilah… nenek sihat saja.
Emm, abang…”
“Ya nek.”
“Perasan tak baru semalam abang
telefon nenek?”
Ah! Sudah nenek ni. “Selalunya
sekali seminggu pun payah.” Hajah Bie gelak mengejek. Dan Khairil rasa badannya berpeluh dalam
aircond. Kronik punya ayat.
“Ke, nak pinjam duit nenek? Abang
nak kahwin?” Gelak Hajah Bie kian galak.
“Telefon salah, tak telefon pun
salah.” Rungut Khairil bernada manja. Sengaja.
“Tidaklah. Nenek suka abang telefon
nenek. Nenek gurau ajelah.”
“Emm, nenek dah masak?”
“Hari ni nenek tak masak. Kaki nenek
sakit. Dib yang masak.”
“Boleh ke budak tu masak?”
“Dah nama pun perempuan. Mestilah
pandai masak.”
“Sedap ke?”
“Nak tahu sedap ke tidak, datanglah
rumah.” Gelak Hajah Bie ada makna.
“Tengoklah petang nanti. Kalau ada,
adalah.” Rasanya lebih kepada ada.
“Kalau nak balik beritahu awal-awal.
Senang nenek minta Dib masak lebih.”
“Bolehlah…”
“Pulak? Kejap ini juga bolehnya.”
Hajah Bie gelak lagi. Ada makna juga tu.
“Okey nek, Ada meeting ni.
Assalamualaikum.” Tanpa menunggu Hajah Bie jawab salam, terus Khairil matikan
panggilan. Dia senyum dan senyuman itu bagai ada makna juga.
“Senyum sampai ke telinga, apa kes?”
Syukri tanya.
Kharil gosok telinga. “Err…pertaruhan
hari tu ada lagi?”
“Yang mana?”
“Emm, yang tulah..”
Gelak Syukri sampai meja Encik
Harun. Cepat lelaki separuh usia itu angkat kepala. Tayang muka pelik dan
kemudian tunduk semula.
“Emm, masih berjalan.” Bergoyang
badan Syukri tahan ketawa.
Khairil
gigit bibir. “Kenapa? Tak percaya?”
“Bukan
aku tak percaya, tapi aku tak nak percaya.” Jujur kata-kata Syukri, tetapi
sakit untuk Khairil percaya.
“Aku
tak paksa kau percaya, tapi kau kena percaya. Hujung tahun ni mungkin aku
kahwin.”
“Kau
ada calon?”
“Rasanya
ada.”
“Baru
rasa?”
“Lebih
kepada ada dan aku rasa aku suka.” Khairil pegang dada. Tak tahu kenapa di situ
ada semacam bergetar. Entah, tiba-tiba saja begitu.
hamboi dah pikior lafaz dah!! advance..
ReplyDeletedepa ni bertaruh ape?
emmm haii :) baru follow blog nie..bole x bg link epi novel yg akak ade share kat penulisan2u tu kat sini??hehe..sye nie cpt luupe tajuk novel tp kalo ade blog bole sye singgah slalu bace novel nie kat penulisan2u..tapi bg link ek..hehe :)
ReplyDelete