“Sekejap
aje, Bukan lama mana pun. Tak sampai 2 bulan, sementara mereka nak dapat
pengganti pekerja lama.”
“Lecehlah mak nak jaga orang tua ni.
Baik jaga baby terus.”
“Lagipun bukan orang lain. Tok
saudara Dib jugak.”
“Malaslah mak.”
“Susahnya nak minta tolong dengan
Dib. Banyak betul alasannya. Kalau mak boleh jaga, memang dah lama mak jaga.
Tapi kalau mak pergi jaga, siapa nak uruskan rumah ni? Nak Harapkan Dib? Pakai
tak berasap dapur tu.”
Puan Murni tayang muka merajuk. “Tak
nak tolong sudahlah!” ugut Puan Murni.
Nak tak nak Adibah terpaksa akur
juga. Takut emaknya merajuk lebih-lebih. Memang tak berasaplah dapur jawabnya.
ADIBAH
pandang saja wajah wanita yang menyambutnya dengan ramah tadi. Waktu mula-mula
dia dipaksa oleh Puan Murni menjaga seorang tua, gambaran pertama yang
terlintas di kepala Adibah ialah seorang nenek yang lumpuh, yang tidak boleh
bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang. Ternyata semuanya salah.
Bergaya betul orang tua ni,
mengalahkan mak datin. Rambut pendek ala-ala mendiang Lady Diana dan diwarnakan
dengan inai. Berseluar panjang dan baju tangan panjang warna biji remia. Fuh!
Kalah aku.
“Hmm, dah lama nenek tak jumpa Dib.
Dah besar rupanya. Cantik!”
Adibah sekadar tersenyum. Cantik?
Hmm, kes bodeklah tu. Mentang-mentang 2 bulan ni nak kena jaga dia.
“Masih tak dapat kerja yang sesuai?”
Ambil masa juga untuk Adibah jawab.
Memang beberapa bulan ini dia sekadar tanam anggur saja. Bukan tiada kerja yang
sesuai, tetapi semuanya ala-ala tak kena dengan jiwa.
“Belum nek,” jawab Adibah tenang.
“Tak mengapalah. Sementara tu
temankan nenek.”
Mata Adibah meliar. Kediaman semi D
yang terletak di Bandar Puchong Perdana itu kelihatan agak mewah.
“Nenek memang tinggal sorang-sorang?”
Soalan bodoh yang Adibah ajukan sejak mula dia ditawarkan dengan tugas tersebut
dan Puan Murni sudah beri jawapan selengkap-lengkapnya tetapi Adibah mahu tanya
juga sebab mana tahu soalan itu bakal menaikkan kemarahan Hajah Bie. Target
Adibah sekarang ini ialah menaikkan kemarahan Hajah Bie dan kalau Hajah Bie
berjaya halau Adibah, kira itu satu pencapaian yang bagus.
Adibah tak akan berputus asa. Janji
buat dengan baik.
“Emm, sekarang ni mana anak-anak nak
duduk dengan orang tua. Kalau umur Dib panjang, ada anak, ada cucu, nanti Dib
tahulah macam mana rasanya.”
Ah! Dia yang mahu kenakan nenek tua
itu, kenapa dia pulak harus sayu hati?
Keraskan hati Adibah. Ini bukan drama air mata. Lagipun dia bukan nenek
betul-betul. Nenek saudara saja. Mak saudara kepada Puan Murni.
“Emm, jom nenek tunjukkan bilik Dib.”
Bukan Adibah yang bawa beg pakaian
sebaliknya Hajah Bie. Tidak tahulah siapa yang menjaga siapa. Tapi lagaknya
seperti Adibah pula yang jadi mem besar.
Adibah temenung sekejap sebaik saja
menjengah bilik. Ini bilik untuk orang gaji? Bilik orang gaji ada poster Arsenal
sebesar-sebesarnya? Orang gaji dari mana pulak yang diambil? Tak kan dari
Arsenak kut.
“Ini bilik cucu nenek. Dulu dia
tinggal dengan nenek. Sekarang ni dah ada rumah sendiri, tak naklah tinggal
dengan nenek.”
Begitu al-kisahnya. Padanlah rupa
bilik orang jantan saja. Tapi best, ada home teater, ada tv plasma dan yang
penting ada net bola keranjang. Gila Adibah macam ni. Semua yang dia nak ada
dalam bilik ni. Hati Adibah sudah diagah sawan gembira. Mau dia tak sawan kalau
benda yang dia idam-idam ada depan mata.
“Sementara Dib, tinggal dengan
nenek, Dib buatlah bilik ni macam bilik sendiri.”
Okey, cantik! Tak cakap pun Adibah
akan buat macam tu. Jangan bimbang, Adibah akan buat macam bilik sendiri,
tengoklah nanti.
“Terima kasih nek.” Adibah tak lepas
pandang bilik yang agak luas itu namun nampak sempit bila berserabut dengan
banyak barang.
“Dib rehat-rehatlah dulu. Nanti nenek
siapkan makanan tengahari.”
“Hah? Kenapa nenek yang masak? Bukan
ke Dib yang kena masak?”
“Hisy! Mana pulak Dib kena masak. Kerja Dib cuma
temankan nenek saja.”
“Oh, gitu ke? Ada dalam surat
penjanjian?” Bulat mata Adibah ketika menyebut surat perjanjian. Sejak selalu
saja terkena, Adibah lebih percayakan surat perjanjian dari cakap-cakap orang.
Kalau boleh dia mahu ada hitam putih.
Hajah Bie tergelak. Hmm, tak ubah
perangai abang. Sikit-sikit surat perjanjian. “Tak adalah sampai buat surat perjanjian.
Tapi nenek dah cakap dengan mak Dib, minta Dib temankan nenek saja.”
Ah! Kalau begini jangan kata 2
bulan, 2 tahun pun Adibah sanggup.
lawak lah dib ni...
ReplyDeleteaci redah jer Dib..
ReplyDelete